Khamis, 13 Mac 2008

Zikir bersih hati, sucikan jiwa Mukmin

Oleh Prof Madya Dr Abdul Rashid Ahmad

ALLAH menjelaskan sifat orang yang beriman dalam al-Quran melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat , mereka berpaling daripadanya”. (Al-Qasas, ayat 55)

Percakapan yang tidak berfaedah itu tidak mempunyai sebarang makna malah, tidak memberikan sedikitpun nilai tambah kepada hati, fikiran dan ilmu yang berfaedah. Hati seorang Mukmin sama sekali tidak lalai dengan hal yang tidak berguna itu. Bahkan hati mereka sentiasa sibuk dengan tuntutan iman tinggi dan mulia.

Dalam konteks yang lain, Allah mensifatkan keadaan mereka sebagai berikut dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya”. (Al-Furqan, ayat 72)

Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan bahawa mereka sama sekali tidak memberi perhatian sedikitpun kepada hal seperti itu, kerana bagi setiap orang yang beriman mereka tidak ada lebih masa untuk dihabiskan kepada perkara tidak berfaedah itu. Justeru, antara faktor kejayaan Mukmin itu baik di dunia mahupun di akhirat ialah berpaling daripada perkara yang tidak berfaedah.

Hati orang yang beriman sentiasa sibuk dengan zikrullah atau mengingati Allah, menghayati keagungan dan kebesaran-Nya, melihat tanda kekuasaan Allah pada setiap ciptaan-Nya. Itu akan mendorong mereka untuk memenuhi segala tuntutan akidahnya dengan cara membersihkan hati, mensucikan jiwa, memurnikan sanubari, akhirnya terbentuklah peribadi mukmin, salih dan tidak pernah lupakan Allah.

Sekiranya kita tahu bahawa kemampuan kita sebagai manusia ini terbatas, sama ada ia digunakan untuk kebaikan, kejayaan dan ketinggian hidup atau sebaliknya dihabiskan untuk perkara tidak berfaedah, maka sebagai seorang yang beriman kepada Allah, tentu sekali akan didorong oleh akidahnya supaya berkorban untuk kepentingan dan kebaikan dirinya baik di dunia mahupun akhirat.

Dalam hal ini, Imam al-Ghazali, seorang sufi terkenal membahagikan perkataan atau percakapan itu kepada empat bahagian. Di mana bahagian yang terakhirnya ialah percakapan yang tidak ada kebaikan dan keburukan padanya atau perkataan yang tidak ada faedah dan tidak ada juga mudaratnya. Inilah dikatakan perbualan kosong.

Manusia yang paling banyak dosa pada Hari Kiamat nanti adalah orang yang paling banyak membicarakan hal tidak benar. Rasulullah pernah menjawab pertanyaan apabila ditanya apakah yang menyebabkan manusia banyak masuk neraka. Jawab Baginda: “Mulut dan kemaluan”.

Dan apabila ditanya pula sebaliknya, apakah yang boleh menyelamatkan mereka daripada neraka, lantas jawabnya: “Tahanlah lidahmu dan tangisilah kesalahanmu”. (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Renungan: Berkata seseorang kepada Umar bin Abdul Aziz: “Bilakah saya hendak bercakap? Katanya: Apabila kamu hendak diam. Dan ditanya pula: Bilakah saya hendak diam? Katanya: Apabila kamu hendak bercakap”.

KENAPA PAYAH NAK FAHAM ILMU?

SAIDINA Umar al-Khattab r.a pernah berkata:

"Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu.."

Ilmu itu, adalah cahaya daripada Allah s.wt. Tidak akan diberi Allah kepada hamba-Nya melainkan mereka yang benar-benar dicintai-Nya. Ilmu itu suatu yang suci dan kudus. Penuh dengan rahsia dan falsafah. Ia ibarat makhluk yang bernyawa, perlukan syarat-syarat yang terperinci untuk memilikinya. Bukan sebarang manusia boleh menautnya. Kerna itulah Rasulullah s.a.w ada memberi peringatan buat penuntut ilmu bahawa:

"Orang yang paling pedih siksaannya pada hari qiyamat nanti adalah seorang 'alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya.."

Saya banyak bertanya dan berbincang rakan-rakan mengenai kualiti ilmu yang dimiliki pelajar-pelajar kita kini. Khususnya pelajar universiti. Banyak menjawab, tidak cukup berhempas-pulas tiga empat tahun di universiti, ilmu yang didapati hanya cukup-cukup makan. Maksudnya ibarat 'tong besar, isi tak ada'. Benar. Ada kebenarannya. Belajar di universiti tidak sama dengan belajar di mana-mana pusat pengajian yang lain.

Saya teringat kata-kata Dr Lukman, pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya. Beliau sendiri tidak menyetujui dengan sistem pembelajaran di universiti ini. Belajar mengikut semester dan jam kredit. Tajuk-tajuknya dipilih-pilih, mengikut minggu-minggu yang ditetapkan. Mana mungkin dengan hanya 3 jam seminggu dapat mengkhatamkan tajuk sebuah kitab secara sempurna. Bagi saya memang tidak boleh. Ini belum lagi jika kuliah ditunda akibat cuti dan sebagainya. Tidak dinafikan sekali-kali di universiti punyai bidang ilmu yang luas dan mantap, dengan melihat pro-forma kursus sahaja, kita boleh menilai sejauh mana advancenya perbahasan-perbahasan tajuk kursus ditambah lagi senarai kitab-kitab rujukan yang termasyhur. Yang saya 'tidak tenang' di sini adalah berkenaan dengan konsep pembelajaran itu sendiri.

Saya katakan, di universiti, kita berkiblatkan sistem peperiksaan. Belajar kerana nak lulus exam, nak dapat 4 flat, nak dapat anugerah dekan, nak macam-macam lagi..ada juga yang nakkan pinjaman biasiswa JPA dan sebagainya. Apa ni? menuntut ilmu ke apa?

Sebab itulah saya menginsafi dengan membawa kata-kata Saidina Umar serta sabda nabi di atas buat renungan dan fikir-fikir. Saya tujukan khas buat mahasiswa/i di universiti. Lebih khusus lagi kepada pelajar di jurusan pengajian Islam. Saya berani berkata bahawa taraf ilmu penuntut ilmu di pondok-pondok (walaupun tak ada sistem yang advance kononnya macam di universiti) adalah jauh beribu batu dari penuntut ilmu di universiti. Jauh lagi nak dibezakan dengan semangat mereka dahagakan ilmu, maka 'langit dan bumi' lah jawabnya.

Ingat-ingatlah hujung kita. Suatu hari nanti kita akan bergelar graduate. Pelajar pengajian islam pastinya akan dipanggil 'ustaz' mahupun 'ustazah'. Nak tak nak, itulah hakikatnya. Tapi ilmu di dada..??

Dah cukup?

Dipetik dari: generasiwahyu.blogspot.com (sahabatku)

Renungan sejenak: Golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita...

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah;

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka
terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...??? kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
................................................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

Ciri- ciri hati yang sihat

Pertama : Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.

Kedua : Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

Ketiga : Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT.

Keempat : Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima : Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

Keenam : Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.

Ketujuh : Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.

Empat jenis racun hati

  • Berlebihan dalam berbicara
  • Berlebihan dalam memandang
  • Berlebihan dalam makan
  • Berlebihan dalam bergaul