Selasa, 19 Februari 2008

Hari2 terakhir semester 6..

Hari2 terakhir sem 6 untuk bersama kawan2..mungkin selepas dari ini masing2 akan membawa diri masing2 bertebaran untuk mengutip ilmu2 Alla s.w.t yang maha luas di muka bumi ini..Insya Allah...


Duduk dari depan kiri: Anip, Alip, E.k, Adon dan Adi. Belakang dari kiri: Faiq, Acit, Fakar, Muaz, Wafi, Ustaz Imran, Ustaz Izad, Ustaz Shahruddin Saad, Ustaz Shahruddin Pengilun, Nasir, Ramli dan Kimi..

Duduk dari kiri: Acit, Kimi, Wafi, Muaz dan Anip. Berdiri dari kiri: Alip, Ramli, Faiq, Adi, Ustazah Hayati, Adon, Fakar dan Nasir...
Kelihatan Ustaz Shahruddin Pangilun sedang menyampaikan amanat kepada semua pelajar2 terutama sem 6 untuk masa depan kemudian hari..

Kelihatan Nasir sedang menyampaikan ucapan selaku wakil sem 6 sebagai penghargaan kepada semua terutama lecturer kerana telah memberikan didikan selama ini..

Ustazah Zainora Daud dan Ustazah Hayati Hussin

Dari kiri: Muaz, Faiq, E.k dan Fakar

Sem 6 setelah selesai exam Mid term Fawassil kat Masjid...

Jumaat, 15 Februari 2008

Kenangan lalu....

Sebahagian kenangan ketika di KUIS semasa sedang belajar disana.. Semoga ianya menjadi kenangan terindah buat kita...


ni semasa awal semester 1 sesi 1 2005/2006 dulu... Duduk dari kiri: Faiq, Adi, Amin dan Muaz. Berdiri dari kiri: Adon, Acit, Fakar, Wafi, Ayie, Ustazah Zainora, E.k, Anip, Ramli dan Shah...
Jejaka hensem Diploma Tahfiz sem 5 (senior) sempat merakam kenangan di salah sebuah pintu PKK ketika seminar Al-Quran Resam Uthmani 2007 peringkat IPT. Dari kiri: E.k, Nasir, Alip dan Acit..
Dari kiri depan: Ramli, Ustaz Shaharuddin Pangilun dan Alip. Belakang dari kiri: Fakar dan E.k..

Suasana majlis bacaan Al-Quran 30 Juzu' satu malam...

Dari kiri: Izad, Anip, Ramli dan Wafi sedang menyemak bacaan Al-Quran yang sedang dibaca...

Antara dak2 Tahfiz semester 6 sesi II 2007/2008...Barisan duduk depan dari kiri: Adon, Acit & Faiq. Barisan tengah dari kiri: E.K, Fakar & Anip. Separu berdiri tue Alip...

Sewaktu di bacaan Al-Quran 30 Juzu' satu malam ketika di bulan Ramadhan bagi menghidupkan malam bulan yang mulia. Kelihatan Ustaz Imran selaku penyelaras projek tidak jemu memberi semangat serta turut serta memeriahkan lagi..

walaupun sibuk dengan Al-Quran tapi itu tidak menghalang melakukan perkara2 lain termasuk berkelah sesama kitaorang..

Jasamu Dikenang...


Al-Fadhil Shaharuddin bin Pangilun


Al-Fadhil Ustaz Imran bin Kamal Basha


Al-Fadhil Ustaz Shaharuddin bin Saad


Al-Fadhil Ustaz Izad bin Ngah


Al-Fadhil Ustaz Mahfuz bin Jaafar


Al-Fadhil Ustaz Shamsulrijal Uwais Al-Qarny

Al-Fadhilah Ustazah Norhayati binti Hussin


Al-Fadhilah Ustazah Zainora binti Daud

*** Tiada dalam gambar, Ustaz Abdul Rahman bin Abdul Ghani. Dalam proses pencarian... Harap maaf..

Ahad, 10 Februari 2008

Murtad sambut "Hari Kekasih" mirip agama Kristian - Dato' Seri Harussani Zakaria


KUALA LUMPUR 11 Feb - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa:
``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.''
Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.
``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.
Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.
Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.
Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'
Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.
Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.
``Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala.
``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata beliau.
Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.
``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.

***keratan ini dipetik dari akhbar harian (Utusan Malaysia).


Selasa, 5 Februari 2008

Ahlan Wasahlan

Assalamualaikum...
Salam pengenalan buat semua...
selamat melayari blog ini...
Jika ada kekurangan, harap dimaafkan...
Wassalam...


***sebarang komen sangat dialu2kn...

Mencintai Allah

"Katakan (wahai Muhammad) apabila bapa-bapaku, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluarga besarmu, harta yang kamu cari, perdagangan yang kamu khawatir kerugiannya dan tempat tinggal yang disenanginya, lebih kamu cintai daripada Allah, Rasul-Nya dan berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah saat Allah mendatangkan keputusan-Nya." (QS. At-Taubah:24)

Pendahuluan

Alhamdulillah kita telah dijadikan sebagai hamba-hamba muslim yang berserah diri kepada-Nya dengan menyatakan Laailaha illallah wa anna Muhammad Rasulullah. Walaubagaimanapun, masih ramai antara kita yang masih belum selari antara perbuatannya dengan pernyataannya (syahadatain). Kita menyatakan mencintai Allah, kenyataannya lebih mencintai hawa nafsu kita, sehingga tidak sedikit ajaran Allah yang kita langgar. Bahkan lebih dari itu mepertuhankan kebendaan dengan cara mencintainya melebihi cinta kita kepada Allah. Oleh kerana itu Allah memperingatkan hal tersebut dalam Al-Quran surah Al-Baqarah:165, "Sungguh orang beriman lebih mencintai Allah daripada yang lainnya."

Definisi cinta menurut terminologi bahasa adalah kecenderungan atau keberpihakan. Sementara menurut terminologi syara' adalah keberpihakan kepada yang dicintai sehingga mengikuti apa yang dia kehendaki dan meninggalkan apa yang tidak dia sukai, baik secara terang-terangan atau tersembunyi.

Hal-hal yang dapat memalingkan cinta kita kepada Allah, seperti yang disebut dalam Al-Quran surah Ali-‘Imran, "Dihiasi bagi manusia cinta kepada hawa nafsunya daripada wanita, anak-anak, kumpulan emas dan perak, kuda berwarna (kendaraan), ternakan, pertanian, itulah isi dari kehidupan dunia, dan Allah memiliki tempat kembali yang labih baik"

Di atas disebutkan enam bahagian yang apabila dicintai oleh manusia melebihi cintanya kepada Allah atau mengikuti kehendak mereka sampai mengingkari kehendak Allah, maka bererti telah mepertuhankan hal-hal tersebut, ini sangat merbahaya. Lebih tegas lagi Allah memperingatkan dalam surah At-Taubah:24, "Katakan (wahai Muhammad) apabila bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluarga besarmu, harta yang kamu cari, perdagangan yang kamu khawatir kerugiannya dan tempat tinggal yang disenanginya, lebih kamu cintai daripada Allah, Rasul-Nya dan berjuang di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."

Bagaimana Kita Mencintai Allah

Dalam upaya mencintai Allah, kita harus mengenalnya dengan baik sesuai dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw, baik kaitannya dengan rububiyyah-Nya atau uluhiyyah-Nya atau asma' dan sifat-sifat-Nya, kemudian mengenal hukum-hukum-Nya, baik perintah mahupun larangan.

Seorang dikatakan mencintai Allah apabila memenuhi empat syarat:

1. Berbuat sesuai dengan kehendak Allah, dengan menjalankan perintah-perintah-Nya.

2. Meninggalkan seluruh larangan-Nya baik secara zahir mahupun batin.

3. Mencintai orang-orang yang dicintai Allah, iaitu kaum beriman.

4. Membenci mereka yang dibenci Allah, iaitu kaum kafir, fasik dan munafik.

Apa saja yang menghantarkan kita mencintai Allah.

Menurut Ibnul Qayyim, seorang ulama' abad ke-7, ada sepuluh hal yang menyebabkan orang mencintai Allah SWT:

1. Membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik.

2. Mendekatkan diri kepada Allah melalui media solat sunnah sesudah solat wajib.

3. Selalu menyebut dan berzikir dalam segala masa, tempat dan keadaan dengan hati, lisan, dan perbuatan.

4. Mengutamakan kehendak Allah disaat bertentangan dengan keinginan hawa nafsu.

5. Menanamkan di dalam hati asma' dan siaft-sifat Allah SWT, dan memahami maknanya.

6. Memperhatikan kurnia dan kebaikan Allah kepada kita, baik nikmat zahir maupun nikmat batin.

7. Menunduk hati dan diri kepada keagungan Allah.

8. Menyendiri, bermunajat dan membaca kitab suci-Nya, diwaktu malam saat orang sedang lelap tidur.

9. Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang soleh, serta mengambil hikmah dan ilmu daripada mereka.

10. Menjauhkan segala sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.

Penyeimbang Cinta Kepada Allah

Untuk mencintai Allah diperlukan penyeimbang. Digambarkan oleh para ulama bahwa cinta itu bagaikan badan burung, sehingga ia tidak mampu terbang kecuali dengan dua sayap. Dua sayap itulah penyeimbang cinta kita kepada Allah, iaitu rasa berharap di satu sisi dan rasa cemas di sisi lain. Rasa berharap akan menimbulkan husnu dzan (berbaik sangka) kepada Allah. Bila kita mengerjakan kebaikan, kita berharap amalan kita itu diterima sebagai amal soleh yang berpahala. Sementara rasa cemas akan mendorong kita melakukan kebaikan, kerana rasa cemas itu kita khuwatir jangan-jangan amalan baik kita tidak diterima Allah kerana ada faktor penghalangnya. Maka apabila ada rasa cemas pada diri seseorang ketika sedang mengerjakan hal-hal wajib, tercermin di dalam benaknya jangan-jangan amalan itu tidak diterima atau kurang sempurna, maka dia terdorong untuk mengerjakan amalan-amalan sunah dan sebagainya. Rasa cemas itu juga yang dapat mencegah seseorang untuk tidak melakukan maksiat dan dosa. Dengan demikian burung yang berbadan cinta, bersayap rasa berharap sebelah kanan dan rasa cemas di sebelah kiri, maka burung itu akan terbang melayang ke langit bersujud dihadapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Wallahu a'lam.

Oleh:
Al-Islam - Pusat Informasi dan Komunikasi Islam Indonesia