Sabtu, 21 Februari 2009

Skuad Polis wanita Iran














Hebatkan skuad polis wanita dari negara Iran... Sejuk jer mandang, tampak lebih garang... Semoga Allah marahmati serta memberkatinya....

Khamis, 19 Februari 2009

Apa itu BIDAAH

Bidaah Dhalalah (sesat)

Mengadakan pembaharuan dalam agama yang tiada nas dalam Al-quran, Hadith, amalan para sahabat dan ijmak ulamak.
contohnya solat tidak mengikut sunnah Nabi..

Bidaah Hasanah (baik)

Membuat pembaharuan dalam agama untuk kebaikan umum tanpa mengubah hukum-hakam yang terdapat dalam Al-quran dan Hadith. Contohnya.. Perayaan Maulidul Rasul.

Bidaah wajib:
Mengadakan pembaharuan untuk menyempurnakan perkara wajib yang terdapat pada syarak. Jika tidak dibuat pembaharuan perkara wajib itu akan lenyap. contoh membukukan Al-quran.

Bidaah sunat:
Pembaharuan yang dibuat untuk menyempurnakan perkara sunat pada syarak. Contoh berjemaah pada solat tarawikh.

Bidaah haram:
Pembaharuan yang dibuat bertentangan dengan hukum syarak
contoh melantik orang jahil mengendalikan masjid.

Bidaah makruh:
Pembaharuan yang dibuat bertentangan dengan hukum sunat
contoh Menghiasi rumah Allah dengan perhiasan yang tidak perlu.

Bidaah harus:
Pembaharuan yang tidak ada tegahan atau suruhan daripada syarak. contoh membuat kuih muih yang beraneka untuk jamuan.

Nafsu

"Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan".(Yusuf:53)

Adapun nafsu manusia itu mempunyai tiga tingkatan iaitu:-

1.Nafsu Ammarah iaitu nafsu yang membawa pada keburukan

2.Nafsu Lawwamah iaitu nafsu yang mencela

3.Nafsu Mutma'innah iaitu nafu yang tenang lagi tenteram

Perbezaan antara nafsu dan akal itu amatlah besar. Nafsu sentiasa menginginkan kenikmatan tanpa mengira batasan syara' manakala akal sentiasa membawa manusia pada perbuatan yang rasional,yang mengikut landasan syara'. Di situlah terletaknya fungsi akal. Sentiasa mengawasi nafsu agar sentiasa menuju ke arah kebaikan. Ibaratnya nafsu sebagai anak kecil yang buas dan akal sebagai ayah yang sentiasa menjaga anaknya dari apa-apa perkara yang membahayakan anaknya.

Sebagai kesimpulan,kita perlulah memastikan agar nafsu kita sentiasa menuruti akal. Kita perlu mendidik nafsu sehingga segala kehendak nafsu akan seiring dengan akal,seiring dengan landasan syara'. Moga-moga segala mujahadah yang kita lakukan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

Wallahu'alam..

Kisah Rasulullah S.A.W Dgn Limau..

Suatu Hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan 'Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang Ada di antara kalian akan mengenyitkan Mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya'.Begitulah akhlak Rasullullah SAW.

Baginda tidak akan memperkecil- kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, Dan dari orang yang bukan Islam pula."selemah- lemah manusia ialah org yg tidak boleh mencari sahabat Dan orang yg lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia- siakan sahabat yang telah dicari dan berburuk sangka pula kepadanya"-Saidina Ali

Wallahualam

Tujuh ayat cinta

Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.Bismillahhirrahmannirrahim :pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.Alhamdulliah :pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. Astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.Insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.Lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.Innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.Laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Sabda Rasulullah SAW siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada....

Hudud: Undang-undang yang paling rasional

Hudud: Peraturan Allah yang mutlak
Adaptasi daripada buku as-Syahid Sayyid Al-Qutb

Hanya Allah sahaja berhak menunjukkan sistem dan peraturan bagi kehidupan manusia. Oleh itu manusia seharusnya mengimplikasikan sistem ini ke dalam dunia realiti. Jika diteliti, sistem ini sebenarnya menjaga dan memelihara sifat kemuliaan insan dengan memberikan kemerdekaan serta mengelak manusia daripada diperkotak-katikkan oleh taraf kehidupan. Kemerdekaan bermaksud menjauhkan manusia daripada menjadi hamba hawa nafsu, kelemahan jiwa, ketamakan dan ketidakadilan yang seterusnya akan membawa kepada kemenangan dalam erti kata sebenarnya iaitu ketaatan dan kepatuhan kepada agama.

Sesungguhnya sistem Allah adalah sesuai sepanjang zaman dan universal berbanding sistem yang dicipta oleh manusia yang terbatas daripada segi akal dan pemikiran. Ketiadaan tujuan hidup hanya akan membawa kepada kesengsaraan, ketakutan dan kegelisahan di mana mereka menjadikan wang, kelazatan dunia sebagai Tuhan. Ini jelas menunjukkan kebanyakan manusia sekarang menjadi hamba kepada dunia materialistik bukan lagi kepada Tuhan yang Maha Esa di mana itu bukanlah erti ketamadunan yang sebenar bahkan mereka benar-benar telah kembali ke era jahiliyah di zaman moden. Ketamadunan bukan hanya diukur melalui materialistik dan kemodenan semata-mata tetapi ia juga perlu diselitkan dengan kebersihan hati nurani dan nilai-nilai spiritual.

Orang yang menentang syariat Islam adalah sebenarnya orang yang merasakan bahawa peraturan tersebut akan mengikat dan membelenggu manusia daripada mengikuti hawa nafsunya walhal pada hakikatnya di sebalik kekangannya ada terselit kebebasan. Sebagai contoh, perbuatan zina adalah haram untuk membebaskan manusia daripada menjadi hamba kepada hawa nafsu dan mendahulukan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri adalah untuk membebaskan manusia daripada sikap kedekut dan tamak. Namun tanpa disedari oleh manusia, dosa dan kejahatan yang sebenarnya merupakan belenggu yang mengikat jiwa manusia dan menjadi beban serta menjerumus manusia ke dalam lembah kesesatan. Kita menjadi hina kerana mengikut sistem ciptaan manusia yang sentiasa terburu-buru untuk melihat hasilnya dalam masa yang singkat. Tidak hairanlah apabila munculnya sistem atau peraturan manusia yang baru akan muncul pula masalah baru. Kesimpulanya, sistem Islam yang diwahyukan Allah kepada rasul-rasulnya adalah sistem yang paling efektif kerana ia dilakukan secara berperingkat-peringkat.

10 kelebihan ilmu berbanding harta

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

Mencari 5 perkara dan jawapannya

Aku Mencari Keberkatan
Keperluan Hidup,
Aku Mendapatinya Dalam SOLAT DHUHA?

Aku Mencari Penerang
Untuk Alam Kubur,
Aku Mendapatinya Dalam SOLAT MALAM..,

Aku Mencari Jawapan
Untuk Menjawab Soalan Malaikat,
Aku Mendapatinya Dalam MEMBACA AL-QURAN?

Aku Mencari Alat
Untuk Berpegang Ketika
Menyeberang Titian Sirat,
Aku Mendapatinya Dalam PUASA & SEDEKAH?

Aku Mencari
Naungan ?Arasy,
Aku Mendapatinya Dalam MENGASINGKAN DIRI BERIBADAH KEPADA ALLAH TAALA?

Keutamaan Membaca Al-Quran

(Petikan dari 'Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya' oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh).

1.Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2.Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali

3.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga
4.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga
5.Pahala membaca satu huruf al-Quran ;-
Dalam sembahyang - 100 kebajikan
Di luar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan
Tanpa wudhuk - 10 kebajikan
6.Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
7.Untuk selamat daripada api neraka
8.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.
9.Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela
10.Pembaca akan memperolehi keamanan
11.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.
12.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin.

Wassalam.

8 perkara 8 amalan

Siapa Yang Tidak Sanggup Mengerjakan Yang Lapan , Maka Hendalah Dia Berbuat Lapan Macam Perkara Bagi Mencapai Pahala Yang Lapan:-

1) Siapa Yang Hendak Pahala Sembanyang Malam Sedangkan Dia Ketiduran Maka Jangan Nerbuat Maksiat Pada Siang Harinya.
2) Siapa Yang Hendak Pahala Puasa Sunat, Maka Hendaklah Dia Menjaga Lidahnya.
3) Siapa Yang Hendak Kelebihan Ulamak, Maka Hendaklah Dia Suka Berfikir Yang Baik,
4) Siapa Yang Hendak Pahala Jihat Maka Hendaklah Dia Duduk Dirumahnya,
5) Siapa Yang Ingin Pahala Sedekah Sedangkan Dia Tiada Harta Hendaklah Dia Mengajar Ilmu Agama Yang Telah Didengari,
6) Siapa Yang Hendak Pahala Haji Sedangkan Dia Tiada Kemampuan Maka Hendaklah Dia Mengerjakan Sembahyang Jamaah,
7) Siapa Yang Hendak Mencapai Fadhilat Orang Beribadat Maka Jauhilah Persengketaan Dan Jangan Menimbulkan Sengketa,
8) Siapa Yang Hendak Pahala Orang Orang Abdaal Maka Hendaklah Beliau Redo Dengan Apa Yang Menimpa Dirinya.

Mudah mudahan Mendapat Munafaat

Amalan semasa gawat

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha "kerana Ringgit Malaysia ".

3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. "Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al Bukhari dan Muslim);

4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)" manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)" (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana "Ringgit Malaysia ";

5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya