Selasa, 8 Julai 2008
Tiga golongan layak jadi penghuni syurga
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan sebagai Muslim.” – (Surah ali-Imran, ayat 102) Ayat ini menjelaskan tidak semua orang yang beriman itu benar-benar bertakwa hinggakan Allah menegur mereka supaya menjadi orang yang bertakwa dengan melakukan amal salih. Mereka yang sudah beriman, beramal salih dan bertakwa disediakan Allah ganjaran syurga.Ketahuilah bahawa dalam syurga terdapat nikmat yang tidak pernah terlintas oleh mata, telinga dan hati manusia. Inilah kebesaran Allah terhadap hamba-Nya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Untuk hamba-Ku yang salih, Aku sediakan kesenangan yang tidak pernah terlintas oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah sedikitpun terlintas dalam hati manusia – (Hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibn Majah. Inilah kehebatan Allah dalam menyediakan ganjaran kepada hamba-Nya yang melakukan kebaikan.Melalui hadis itu dapat difahami bahawa, Allah memberitahu kepada hamba-Nya mengenai nikmat dan kesenangan yang akan diberikan kepada hamba-Nya yang salih. Bermacam corak ragam serta bentuk nikmat kesenangan yang disediakan itu menandakan keagungan dan kebesaran-Nya.Nikmat itu sebenarnya tidak dapat digambarkan atau dilukiskan dengan tepat seperti adanya, kerana ia bersifat kekal abadi, tidak luntur dan lusuh, jauh sekali daripada menjadi buruk atau seumpamanya yang membawa kepada kehancuran. Inilah nikmat yang perlu direbut manusia.Manusia yang beriman kepada Allah mesti bersyukur kepada-Nya kerana mereka dihidupkan sebagai seorang Muslim dalam agama Islam dibawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan inilah nikmat terbesar diterima umat Islam yang balak menghuni syurga Allah.Untuk menghuni syurga Allah, al-Quran menerangkan ciri hambanya yang layak terdiri daripada orang beriman lagi bertakwa. Pertama ialah mereka yang menjauhi penyembahan berhala iaitu menjauhkan diri daripada mensyirikkan Allah yang boleh menyebabkan seseorang menjadi murtad dan orang yang mendengar arahan Allah dengan mengikutnya melakukan kebaikan, menjauhi larangan-Nya. Dengan melakukan kebaikan dan menjauhi larangan Allah, jelaslah mereka itulah orang yang bertakwa. Firman Allah yang bermaksud: “Bagi mereka yang menjauhi penyembahan berhala dan kembali mentaati kepada Allah, tersedia khabar gembira. Beritakanlah khabar gembira itu kepada hamba-Ku yang mahu mendengarkan kata-kata (yang hakikatnya dari Allah) lalu mereka mengikuti kata-kata yang terbaik. Mereka itulah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.” – (Surah al-Zumar, ayat 17-18) Kedua ialah segala orang yang beriman dan beramal salih dengan segala suruhan dan menjauhi larangannya. Ini dijelaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Wahai hamba-Ku yang salih, tidak ada rasa takut pada diri kalian di hari ini (hari Kiamat) dan tidak pula kalian rasa sedih. Mereka itulah orang yang beriman kepada tanda kebesaran kami dan mereka yang Islam (menyerah diri kepada Allah).” – (Surah al-Zukhruf, ayat 68-69) Dalam ayat ini Allah menjelaskan sifat hambanya yang beriman iaitu mereka yang rasa takut pada hari kiamat dan tidak pula berasa sedih untuk meninggalkan dunia kerana mereka adalah orang yang tunduk patuh kepada peraturan Allah di atas muka bumi semasa hayatnya.Ketiga ialah orang Islam. Sesungguhnya syurga itu adalah tempat orang naik saksi bahawa tiada Tuhan berhak disembah melainkan-Nya dan mengakui Nabi Muhammad SAW itu adalah hamba dan utusan-Nya. Apabila orang yang sudah mengakui syahadah, walaupun sebelum itu mereka berada dalam kekufuran akan dimasukkan Allah dalam syurga-Nya kerana ia adalah tempat kembali bagi orang yang sudah memeluk agama Islam. Ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Aku. Rahmat-Ku sudah mendahului kemurkaan-Ku. Barang sesiapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya, nescaya ia berhak mendapat syurga.” – (Hadis diriwayatkan al-Daimali)Inilah ciri manusia yang akan menjadi penghuni syurga kelak. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang akan menjejakkan kaki ke sana kerana ia adalah tempat yang tidak ada bandingnya dengan tempat dilihat manusia di atas muka bumi ini.
Tahniah semua!!!
Salam sejahtera kepada semua sahabat2 sekalian. Alhamdulillah, sebahagian dari sahabat-sahabat dari Jabatan Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat akan menerima diploma masing-masing. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anda semua diatas segala usaha yang telah dikorbankan selama 2@3@4 tahun (4@6@8 semester) di KUIS ini. Diharapakan, jangan dilupakan segala jasa pengorbanan terutama para pensyarah disini. Doakanlah kami semua semoga pelajar-pelajar Diploma Tahfiz KUIS ini dapat melalui dugaan@cabaran di hari-hari yang mendatang dengan penuh ketabahan. Insya Allah..
Khamis, 26 Jun 2008
Sifat Mazmumah
Antara puncanya adalah sifat mazmumah yg bersarang di dalam hati. Antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain sekian .
Nota: ****Makin tinggi mazmumah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
p/s : Di manakah kedudukan anda.....pastikan anda berubah....
Berteduh Di Padang Mahsyar
Dalam Al Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana Firman Allah S.W.T.: - "Pada hari itu manusia berkata: - "Ke mana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" (Al Qiyamah : 10-11).
Tetapi dengan kehendak Allah S.W.T. akan terdapat beberapa naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah S.W.T. dan naungannya. Rasulullah S.A.W. bersabda: -
"Tujuh orang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya ialah:
1.Penguasaan pemimpin yang adil.
2.Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.
3.Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.
4.Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.
5.Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".
6.Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu.
7.Seorang yang berzikir kepada Allah Ta'ala di tempat yang sunyi, hingga kedua matanya mencucurkan air mata." (Iman Bukhari & Muslim).
Sudahkah kita semua memikirkan di mana di antara tempat yang 7 ini yang dapat saudara berteduh?
Khamis, 5 Jun 2008
Perkhemahan Unit Amal peringkat kebangsaan...
Penyertaan kali ini merupakan paling ramai iaitu disertai kira-kira 2500 peserta dari seluruh negara. Program ini sepatuutnya dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Yang Berhormat Saudara Salahuddin Ayub, akan tetapi disebabkan masaalah yang tidak dapat dielakkan ianya digantikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Yang Berbahagia Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi yang mempunyai semangat hebat seperti ketuanya. Akan tetapi Ketua Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat tetap juga hadir pada malam keesokan harinya untuk menyampaikan amanat dengan penuh semangat kepada barisan anggota Unit Amal pada kali ini.
Alhamdulillah, majlis penutup telah dirasmikan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin selaku Menteri Besar Perak. Sesungguhnya, kami amat terpegun mendengar ucapan yang amat bernas serta dipenuhi dengan Nas-nas Al-Quran dan Hadis sebagai seorang pimpinan dari Pakatan Rakyat. Inilah pemimpin yang kita mahukan selama ini. Walaupun berjemur dalam keadaan panas (pukul 2-5 petang) sehingga kulit terbakar, akan tetapi YAB Dato' Seri MB memberikan ucapan dengan pantas seolah-olah memahami kepanasan anggota akibat pancaran matahari yang terik yang ditanggung oleh peserta. Syukran YAB MB!!!
Disini disertakan gambar kenangan kami semua...
Isnin, 12 Mei 2008
Keputusan peperiksaan semester 6 sesi II 2007/2008
Alhamdullah keputusan peperiksaan semester 6 masing2 telah dapat, mana2 memperolehi keputusan baik diucapkan setinggi2 tahniah dan syabas (bukan Syarikat Bekalan Air Selangor)* diatas kejayaan kalian semua. Mana2 yang mendapat agak kurang memuaskan, teruskan usaha. Anda akan mendapat memperolehi sesuatu yang amat berharga dari Tuhan Yang Maha Esa disebaliknya, yang mempunyai sesuatu hikmah tersendiri mungkin tidak kita fikirkan. Yakinlah dengan ketentuan Qada' dan Qadar seperti yang terdapat pada Rukun Iman yang keenam dari Allah SWT. Saya yakin anda mampu melakukan sesuatu yang terbaik dimasa hadapan Insya' Allah..
Walau apa2 pun kita mesti renung kembali maksud firman Allah didalam Al-Quran Al-Karim Surah Ibrahim ayat 7:
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Kepada sahabat yang akan meneruskan pengajian dimasa hadapan keperingkat lebih tinggi, (Abang Nasir, Hakimin, Zulfakar, Amizah, Izati, Adibah, Amirah, Aisyah dan Sakinah) diucapkan selamat meneruskan perjuangan didalam menuntut ilmu milik Allah yang Maha Kaya. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan. Sebelum itu, kalau boleh kita berjumpa dulu dengan semua warga pendidik kita semenjak belajar di KUIS (semester 1-6) diatas segala curahan ilmu yang telah diberikan yang tidak dapat ditandingi dengan nilai "WANG". Ini sebagai menghargai segala jasa dan usaha mereka bagi melihat kita berjaya dengan apa yang telah diberikan selama ini. Sekurang2nya ucapkanlah "terima kasih" kerana, tanpa pendidik siapalah kita??? Ini merupakan sebahagian adab kitab terhadap pendidik. Mudah2an ilmu yang kita perolehi selama ini mendapat berkat dari pemilik sekalian alam semesta ini, Allah swt. Ketahuilah kalian semua bahawa, rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan budaya murni yang tinggi pada pandangan masyarakat barat. Semoga kalian semua
Saya rasa setakat inilah coretan saya buat sahabat yang dihargai . Semoga persahabatan kita yang terjalin akan bertambah kukuh dan kita semua menjadi umat yang terbaik. Insya' Allah..
Wassalam...
* sekadar gurauan..=)

