Khamis, 19 Februari 2009

10 kelebihan ilmu berbanding harta

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.

2.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.

3.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.

4.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.

5.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.

6.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.

7.Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.

9.Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.

10.Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.

Mencari 5 perkara dan jawapannya

Aku Mencari Keberkatan
Keperluan Hidup,
Aku Mendapatinya Dalam SOLAT DHUHA?

Aku Mencari Penerang
Untuk Alam Kubur,
Aku Mendapatinya Dalam SOLAT MALAM..,

Aku Mencari Jawapan
Untuk Menjawab Soalan Malaikat,
Aku Mendapatinya Dalam MEMBACA AL-QURAN?

Aku Mencari Alat
Untuk Berpegang Ketika
Menyeberang Titian Sirat,
Aku Mendapatinya Dalam PUASA & SEDEKAH?

Aku Mencari
Naungan ?Arasy,
Aku Mendapatinya Dalam MENGASINGKAN DIRI BERIBADAH KEPADA ALLAH TAALA?

Keutamaan Membaca Al-Quran

(Petikan dari 'Keagungan Kitab Al-Quran dan Peminatnya' oleh Ustaz Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh).

1.Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2.Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali

3.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga
4.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga
5.Pahala membaca satu huruf al-Quran ;-
Dalam sembahyang - 100 kebajikan
Di luar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan
Tanpa wudhuk - 10 kebajikan
6.Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
7.Untuk selamat daripada api neraka
8.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.
9.Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela
10.Pembaca akan memperolehi keamanan
11.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.
12.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin.

Wassalam.

8 perkara 8 amalan

Siapa Yang Tidak Sanggup Mengerjakan Yang Lapan , Maka Hendalah Dia Berbuat Lapan Macam Perkara Bagi Mencapai Pahala Yang Lapan:-

1) Siapa Yang Hendak Pahala Sembanyang Malam Sedangkan Dia Ketiduran Maka Jangan Nerbuat Maksiat Pada Siang Harinya.
2) Siapa Yang Hendak Pahala Puasa Sunat, Maka Hendaklah Dia Menjaga Lidahnya.
3) Siapa Yang Hendak Kelebihan Ulamak, Maka Hendaklah Dia Suka Berfikir Yang Baik,
4) Siapa Yang Hendak Pahala Jihat Maka Hendaklah Dia Duduk Dirumahnya,
5) Siapa Yang Ingin Pahala Sedekah Sedangkan Dia Tiada Harta Hendaklah Dia Mengajar Ilmu Agama Yang Telah Didengari,
6) Siapa Yang Hendak Pahala Haji Sedangkan Dia Tiada Kemampuan Maka Hendaklah Dia Mengerjakan Sembahyang Jamaah,
7) Siapa Yang Hendak Mencapai Fadhilat Orang Beribadat Maka Jauhilah Persengketaan Dan Jangan Menimbulkan Sengketa,
8) Siapa Yang Hendak Pahala Orang Orang Abdaal Maka Hendaklah Beliau Redo Dengan Apa Yang Menimpa Dirinya.

Mudah mudahan Mendapat Munafaat

Amalan semasa gawat

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha "kerana Ringgit Malaysia ".

3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. "Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al Bukhari dan Muslim);

4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)" manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)" (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana "Ringgit Malaysia ";

5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya

Khamis, 18 Disember 2008

BAHAYA MICROWAVE OVEN

Sebelum naik rumah baru, mama mmg teringin sgt nak beli microwave. Duk 'tenampak2 microwave baru atas kabinet dapur...... heheheee, angan2 mat jenin. then, last week, masa tengah2 belek majalah anis kat library sekolah, mama terpandang satu article... baca punya baca, terlopong skejap,then duk alhamdulillah sorang2, 'nasib baik aku tak beli lagi.... Nak tau pasal apa? ni dia.....

BAHAYA MICROWAVE OVEN???.

Ketuhar gelombang mikro atau lebih popular dengan nama inggerisnya microwave oven, ialah antara gajet moden yang popular dikalangan para suri rumah dan pengusaha restoran di dunia sebagai jalan pintas menyediakan makanan untuk keluarga dan pelanggan.

Ketuhar ini amat popular kerana kecekapannya memanaskan makanan dalam sekelip mata. Lebih-lebih lagi, amat membantu pada bulan puasa, waktu sahur. Para ibu dan isteri hanya perlu masukkan makanan ke dalam ketuhar dan tekan punatnya...nyit. ..nyit... nyit dan tinggg....! Makanan panas sudah pun terhidang. Justeru, hampir setiap rumah kini memiliki microwave oven.

Cara masak melawan fitrah
Cara memasak atau memanaskan makanan di atas api atau ketuhar biasa bermula dengan makanan panas di bahagian luar dahulu, kemudian barulah haba masuk ke bahagian dalam. Berlainan dengan penggunaan ketuhar gelombang mikro. Makanan yang dimasak atau dipanaskan akan menjadi panas di bahagian dalam dahulu, kemudian barulah haba bergerak ke luar.

Ini boleh dilihat dengan membakar kentang di dalam ketuhar gelombang mikro untuk satu tempoh yang agak lama, katakan sejam. Walaupun telah dimasak sejam, kentang kelihatan seperti belum masak. Tetapi jika dibelah, tiada apa di bahagian dalamnya melainkan arang!

Inilah yang dikatakan cara memasak melawan fitrah. Pastinya sesuatu yang melawan fitrah, lazimnya membawa keburukan..

Ketuhar pengancam nyawa
Ketuhar gelombang mikro diperkenalkan pada orang ramai sekitar pertengahan 1950-an. Ketika itu tidak banyak kajian saintifik terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro. Cuma sejak kebelakangan ini barulah pelbagai
kajian dan penyelidikan dilakukan terhadap kesan memakan makanan gelombang mikro kepada kesihatan manusia.

Kesemuanya merumuskan bahawa ketuhar gelombang mikro menghasilkan makanan yang sangat bahaya. Ini agak mengejutkan kerana ketuhar ini baru bersama kita beberapa dekad sahaja. Namun dalam tempoh yang singkat itu, pelbagai penyakit yang berbahaya dan pelik-pelik muncul satu persatu. Ini secara teorinya, menjelaskan penggunaan ketuhar gelombang mikro turut menyumbang kepada meningkatnya pelbagai penyakit yang
mengancam nyawa!

Tidak hairan jika golongan remaja hari ini, banyak yang diserang sakit jantung, dan orang muda seusia20-an dan 30-an mati menghidap kanser.

Makanan jadi toksik

Dalam penggunaan ketuhar gelombang mikro, radiasi elektromagnetik menggerakkan molekul-molekul makanan.

Molekul-molekul ini 'dipaksa' berpusing sedangkan kalau memanaskan makanan cara biasa, molekul-molekul ini bergerak dari tepi ke tepi. Keadaan berpusing ini memusnahkan molekul dan kadang kala menyusunnya semula menjadi bahan-bahan toksik yang menyebabkan alahan kepada manusia.

Badan tak kenal makanan

Yang dibimbangkan tentang penggunaan ketuhar gelombang mikro, bukan radiasi yang terhasil, tetapi bagaimana ia merosakkan DNA makanan hingga badan manusia tidak kenal bahawa apa yang ditelan itu ialah makanan.

Kerana tidak mengenali makanan, badan bertindak menyalutinya di dalam sel-sel lemak sebagai perlindungan terhadap 'makanan mati'; atau badang mengumuhkannya dengan pantas.

Sesungguhnya telah banyak bukti saintifik yang didedahkan oleh saintis akan bahaya penggunaan ketuhar gelombang mikro, para pengeluar tetap mengatakan ia selamat kerana
keuntungan yang diperoleh daripada penjualan ketuhar ini berlipat ganda.

Penemuan mengejutkan

Dua orang penyelidik, Blanc dan Hertel telah mengesahkan bahawa memasak menggunakan ketuhar gelombang mikro, dengan ketaranya mengubah nutrisi makanan. Hertel telah bertahun-tahun menjadi saintis makanan dan berkhidmat di sebuah syarikat makanan Swiss terkemuka. Dia dibuang kerja kerana mempersoalkan prosedur memproses makanan
secara luar tabi'i. Lantas dia bergabung tenaga dan kepakaran dengan Blanc dari Swiss Federal Institute of Biochemistry dan University Institute for Biochemistry. .

Kedua-dua saintis ini mengkaji kesan makanan mikro gelombang terhadap lapan individu dengan mengambil darah mereka sejurus selepas mengambil makanan gelombang mikro. Blanc dan Hertel mendapati paras haemoglobin individu-individu ini telah menurun. Hasil kajian ini menunjukkan orang yang makan makanan gelombang mikro cenderung mendapat anaemia (kekurangan darah). Situasi bertambah jelas pada bulan kedua penyelidikan.

Itu baru dua bulan diberi makan makanan gelombang mikro, bagaimana kalau kita memakannya berbulan-bulan, bertahun-tahun?

Sepuluh sebab ketuhar gelombang mesti dibuang

Perhatikan fakta hasil kajian klinikal saintifik Swiss, Jerman dan Rusia di bawah ini:
1. Makan makanan yang melalui proses ketuhar gelombang mikro menyebabkan kerosakan otak dalam jangka panjang iaitu ia 'memendekkan' utusan elektrik di dalam otak (depolarizing atau demagnetizing tisu otak).
2. Badan manusia tidak mampu meleraikan (metabolize) bahan makanan yang dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro.
3. Pengeluaran hormon lelaki dan perempuan terhenti dan/atau berubah dengan mengambil makanan gelombang mikro.

Kesan makanan gelombang mikro
4 .sebenarnya ibarat sisa/sampah di dalam badan manusia.
5. Mineral, vitamin dan khasiat makanan gelombang mikro berkurang atau berubah. Jadi badan kita dapat sedikit sahaja manfaat makanan. Badan kita juga menyerap kompaun-kompaun yang berubah itu, dan tidak dapat meleraikannya.
6. Mineral-mineral di dalam sayuran berubah menjadi radikal bebas yang menyebabkan kanser apabila dimasak/dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro. Ini antara punca
mengapa pengidap kanser meningkat.
7. Makanan gelombang mikro menyebabkan ketumbuhan kanser di dalam perut dan usus-juga menjadi punca meningkatnya penghidap penyakit ini.
8. Makan makanan gelombang mikro berpanjangan menyebabkan sel-sel kanser meningkat di dalam darah manusia.
9. Makan makanan gelombang mikro secara berterusan juga menyebabkan merosotnya sistem imun melalui kelenjar limpa dan pengubahan serum darah.
10. Makanan gelombang mikro menyebabkan hilang daya ingatan, tumpuan, kestabilan emosi dan mengurangkan kecerdikan.

Fikirkan...

Pernahkah kita terfikir mengapa anak-anak kita hari ini degil, keras dan gelap hati? Atau kerap berlaku 'haruan makan anak' serta amalan seks luar tabi'i? Atau pernahkah
terlintas di benak fikiran kita, mengapa makin ramai yang cenderung menukar jantina - perempuan mahu jadi lelaki dan yang lelaki mahu jadi perempuan?

Fenomenanya krisis identiti dan gender kini menular dan semakin menjadi kelaziman. Antara sebabnya ialah kecelaruan hormon di dalam badan yang selain disebabkan makan makanan yang berstatus syubhah, juga berkemungkinan besar berpunca daripada makanan yang ditelan melalui proses gelombang mikro.

Selain pengusaha restoran, siapa lagi yang menghidangkan makanan yang mengancam kesihatan ini kalau bukan kita sendiri? Kitalah isteri, kitalah ibu yang kononnya sentiasa sibuk.
Maka ketuhar gelombang mikrolah yang kita sandarkan untuk pantas menyediakan makanan keluarga tersayang.

Jika di rumah kita ada ketuhar ini dan telah tahu akan bahayanya, hentikanlah penggunaannya. Hanya mereka yang zalim sahaja sanggup menggadai nyawa sendiri dan ahli keluarganya.
Jika anda sedang berkira-kira mahu membeli ketuhar gelombang mikro, lupakan niat itu. Laburkan duit anda itu untuk sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kesihatan keluarga. Jangan kita menjadi pembunuh kepada keluarga melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro dengan memberi mereka makan makanan yang mengancam nyawa!

Terdapat banyak jurnal dan rencana kesihatan dan perubatan yang menjelaskan bahayanya ketuhar gelombang mikro kepada nyawa manusia. Antaranya:
http://www.mercola. com/article/ microwave/ hazards2. htm
http://www.cancersalves.com/ article/microwav e.html
http://www.indigosu n.com/august99/ microwave. htm

Sumber : ANIS, Mac 2008

27 Perkara Menyebabkan Jadi Papa

1. Bermudah-mudah dengan sembahyang...
2. Menyeru ibu bapa dengan pangilan namanya...
3. Meninggalkan doa untuk ibu bapa...
4. Berjalan dihadapan guru...
5. Cepat keluar bila masuk masjid...
6. Berbohong...
7. Banyak bercakap kosong...
8. Pemalas...
9. Banyak tidur...
10. Bermudah-mudah membazirkan makanan...
11. Selalu makan ketika hadas besar...
12. Membazirkan harta dengan tidak menentu hala...
13. Berpagi-pagi minum di kedai kopi...
14. Bersifat bakhil...
15. Sentiasa tidur telanjang...
16. Lambat pulang apabila keluar tidak bersebab...
17. Menjahit pakaian di badan...
18. Selalu memakai seluar sambil berdiri...
19. Tidak membasuh pinggan selepas makan...
20. Selalu membasuh tangan dengan tanah...
21. Sentiasa bersisir dengan sisir yang patah...
22. Selalu menulis dengan qalam yang patah...
23. Membiarkan labah-labah di dalam rumah...
24. Membiakkan binatang yang halus di dalam rumah...
25. Menyapu sampah di waktu malam...
26. Hembusan nafas untuk memadamkan lampu/api...
27. Selalu membakar kulit bawang...

Wallahualam...