Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
Renunglah dan hayatilah kelebihan lain yang dirangkumkan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Umatku diberi Allah lima perkara di bulan Ramadan yang tidak diberi kepada umat terdahulu, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada haruman kasturi, malaikat akan memohon keampunan kepada Allah untuk orang berpuasa sehingga sampai waktu berbuka, syaitan dibelenggu sehingga mereka tidak boleh berleluasa seperti biasa, Allah akan menghiasi syurga setiap hari (sebagai kurniaan untuk orang yang berpuasa), Allah akan mengampunkan dosa mereka yang berpuasa sehingga akhir Ramadan.”
Isnin, 22 September 2008
Sabtu, 6 September 2008
Salam Ramadhan Al-Mubarak....
Assalamualaikum semua para sahabat rakan seperjuangan sekalian. Sesungguhnya kedatangan ramadhan kali ini sangat unik antaranya, sebahagian rakan seperjuangan akan menyambungkan pelajaran ke Timur Tengah. Tahniah semua! Semoga memperolehi ilmu yang diimpikan. Selamat maju jaya. Maaf, ana sekarang buzy kerana menguruskan Masjid Al-Azhar sebagai "Eksekutif". Jadi sedikit sebanyak masa yang ada lebih dikhususkan kepada Masjid. Masjid sekarang dibawah tanggungjawab ana. Besar tugas itu, apa pun Insya Allah akan dilakukan dengan sebaik mungkin. Mudah-mudahn tuhan mempermudahkan segala tugasan. Wat masa sekarang nie, kejer yang ada sangat banyak yang perlu diselesaikan. Insya Allah, ana akan cuba melakukan dengan terbaik...
Selasa, 12 Ogos 2008
7 AYAT
Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.
1. Membaca Basmalah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu,walau sambil lalu mudah-mudahan menjadi, kerana sudah biasa.

Lajnah Tahfiz....
Assalamualaikum semua...
Apa sudah jadi dengan kepimpinan Lajnah Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat sesi 2008/2009? Selepas beralih jawatannya kepada kepimpinan, apa program lajnah yang buat? baru2 nie kita dikejutkan dengan "pembatalan hari keluarga". Ini adalah acara yang WAJIB dimasukan dalam taqwim (perancangan tahunan Tahfiz). Difahamkan, Ketua Jabatan menyuruh agar program ini dibuat pada semester depan sahaja kerana bantahan dari pensyarah sendiri berkenan tarikh yang telah dicadangkan. Penulis tidak menyalahkan pensyarah sendiri dan faham keadaan mereka. Tetapi kelihatan tarikh ini berubah-ubah. Selaku pandangan pelajar berpengalaman berdasarkan tahun2 sebelumnya, tak pernah program seumpama ini terjadi. Mungkin ini merupakan sejarah dan ianya suatu tamparan hebat buat kepimpinan sekarang. Fikir-fikirkanlah... Manakan tidak, semester hadapan yakni sesi II bagi kalendar KUIS adalah proses peralihan kuasa (pertukaran kepimpinan). Jika pihak Jabatan Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat KUIS masih mahu mengekalkan kepimpinan yang sedia ada, apa pembaharuan yang akan dibuat? Penulis bukan hanya mengkritik membabi buta, akan tetapi melahirkan kekecewaan teramat terhadap kepimpinan yang baru. Baru2 ni (3/8/2008) semasa diperhimpunan ada diberitakan bahawa pemergian ayah kepada salah seorang pelajar Tahfiz, akan tetapi penulis tidak nampak tindakan yang diambil lajnah sendiri. Wallahu 'Alam. Mungkin ada tidakan yang dibuat, tetapi tidak perasan. (banyak lagi contoh boleh dibuat) Penulis juga merupakan sebahagian daripada PELAJAR yang masih menuntut, walaupun dipanggil expirt, namun tidaklah sepatutnya diketepikan dalam apa jua pembabitan program. Sebelum2 nie setiap program yang dijalankan, komitmen tetap diberikan... Tujuan sebenar penulis mengkritik hanya untuk menyedarkan sahaja untuk dimasa hadapan. Mungkin terlena seketika. Apa gunanya kepercayaan yang diberikan oleh semua lebih2 lagi harapan pensyarah yang menaruh harapan tinggi jika ianya tidak digunakan dengan sebaik2 mungkin. Kalau ada apa2 pertolongan dan sebagainya, kami semua sedia membantu. Masa inilah kita mahu mengembalikan serta membaiki nama Tahfiz yang sudah tercalar sebelum2 ini. Nak buat program, rancang baik2, kena ada Ahli jawatankuasa yang diberikan tanggungjawab tugas masing2. Jangan buat last minit&tergesa2. Jadi diharapkan kepimpinan sekarang sedia ada ini dapat melakukan sesuatu yang terbaik dimasa hadapan. Insya Allah....

Syaaban masa paling sesuai muhasabah diri
REJAB sudah berlalu. Kini Syaaban menjelang. Lambaian Ramadan sebulan lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda: "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:"Allhuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa balliqhna Ramadan, bermaksud :"Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan.
Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak. Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang. Air adalah bekalan dan kehidupan bagi pejuang. Mengapa pentingnya kita mengenang pejuang dan menyalakan semangat perjuangan? Perjuangan kita dalam hidup ini adalah untuk kemerdekaan. Merdeka jiwa. Merdeka daripada segala bentuk perhambaan manusia kepada manusia.
Lebih 50 tahun lalu pejuang berjaya membawa negara kita keluar daripada belenggu penjajahan. Penjajahan tanah air, jiwa, rasa dan minda.
Bayangkan dan rasakan, mereka berjuang membela negara ini bukan untuk hidup mereka, bukan untuk keluarga mereka, bukan pula untuk hari meriah itu. Mereka berjuang untuk masa depan anak cucu dan bangsa ini. Mereka berjuang untuk kita, yang hidup saat ini, juga untuk anak cucu.
Bayangkan dan rasakan apakah pejuang akan senang melihat penjajah British dan Jepun serta pengkhianat Komunis Bintang Tiga menghina maruah umat?
Apakah pejuang akan senang melihat maraknya rasuah dan salah guna kuasa di kalangan beberapa pemimpin dan pihak bertanggungjawab? Adakah pejuang rela membiarkan rakyat bergelumang dengan dadah, judi, jenayah rogol, seks rambang dan syak wasangka kaum dan agama? Adakah pejuang boleh goyang kaki melihat umat hanyut dalam budaya hedonisme melampau sehingga tidak peka dengan budaya ilmu dan intelektual?
Kita perlu membuat pejuang bangga dan senang, dengan membangun negara ini dengan hati, bersih jiwa dan minda, jujur, bertanggung jawab, disiplin, kerjasama, adil, wawasan dan prihatin. Mari membuat bangsa ini dihormati dan disegani di mata bangsa lain di dunia.
Sempena Syaaban kita perlu mengasah dan memupuk jiwa pejuang melalui amalan membangkitkan semangat, memupuk kesucian sekali gus mengumpul pahala. Jiwa pejuang adalah jiwa menghayati makna keinsafan, kesusahan dan penderitaan.
Firman Allah bermaksud: "Dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang yang bertakwa" – (Surah Al-Baqarah: ayat 177).
Antara perkara yang disyariatkan pada Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini. Syaaban bulan melangsai hutang. Kini masanya qada puasa bagi sesetengah kita yang tertinggal puasanya pada Ramadan lalu atas sebab keuzuran dibenarkan.
Contohnya kerana sakit, musafir dan menyusukan anak. Kita tidak boleh menundanya hingga Ramadan berikutnya kerana kita akan didenda membayar kafarat ke atas setiap hari ditinggalkan.
Budaya bertangguh menggantikan puasa ini bukan baru bagi kita tetapi sudah menjadi sebati dalam kehidupan umat Islam hari ini. Ini bukan amalan pejuang. Firman Allah bermaksud: "Dan sekali-kali, Tuhanmu tidak lalai daripada apa yang kamu kerjakan". (Surah Hud, ayat 123). Hikmah diperintahkan untuk membanyakkan puasa pada Syaaban untuk membuat persediaan mental dan fizikal, melatih diri membiasakan berpuasa pada Ramadan nanti.
Kita disunatkan membanyakkan amalan puasa sepanjang Syaaban bukan hanya pada malam Nisfu Syaaban saja. Rasulullah selalu melakukannya. Dalam kitab Shahih Bukhari dan Muslim ada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah, dia berkata: "Aku belum pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakkan puasa (sunat) dalam satu bulan kecuali pada Syaaban".
Syaaban dikenali sebagai bulan muhasabah diri, iaitu memperbaiki dan melihat kembali watak diri sendiri. Memperbaiki sifat mazmumah seperti dengki, takbur dan sombong yang semakin runcing membekam dalam diri sebahagian daripada kita, umat Islam masa kini. Selain memperbaiki, digalakkan juga melihat kembali sifat mahmudah.
Adakah kita selama 11 bulan lalu sudah memperbanyakkan amalan baik seperti ikhlas, reda dan sedekah. Tidak cukup dengan solat, puasa dan zakat maka kita murnikan dengan ikhlas dan reda.
Apalah maknanya solat yang banyak tetapi tidak ikhlas? Sering berpuasa tetapi turut mengamalkan lihat perkara yang 'syubhah'. Apalah ertinya setiap tahun kita mengerjakan haji tetapi riak mahu dilihat sebagai orang yang berada dan suka dipuji?
Dalam Syaaban kita digalakkan bertaubat, membanyakkan doa, menggandakan zikir dan berselawat kepada Rasulullah. Sabda Rasulullah: "Barang siapa yang mengagungkan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu daripada segala macam bencana dan penyakit."
Dalam kita beramal meraikan Syaaban, janganlah pula kita kaitkan dengan amalan bidaah tertentu yang tidak disyariatkan oleh Allah.

Selasa, 8 Julai 2008
Tiga golongan layak jadi penghuni syurga
SESEORANG yang beriman belum tentu ia seorang bertakwa tetapi jika seseorang itu bertakwa, sudah tentu ia orang yang beriman. Dalam al-Quran, Allah menggesa orang yang beriman supaya bertakwa kepada Allah dengan sebenar-benar takwa.
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan sebagai Muslim.” – (Surah ali-Imran, ayat 102) Ayat ini menjelaskan tidak semua orang yang beriman itu benar-benar bertakwa hinggakan Allah menegur mereka supaya menjadi orang yang bertakwa dengan melakukan amal salih. Mereka yang sudah beriman, beramal salih dan bertakwa disediakan Allah ganjaran syurga.Ketahuilah bahawa dalam syurga terdapat nikmat yang tidak pernah terlintas oleh mata, telinga dan hati manusia. Inilah kebesaran Allah terhadap hamba-Nya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Untuk hamba-Ku yang salih, Aku sediakan kesenangan yang tidak pernah terlintas oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah sedikitpun terlintas dalam hati manusia – (Hadis riwayat Imam Ahmad, Tirmizi dan Ibn Majah. Inilah kehebatan Allah dalam menyediakan ganjaran kepada hamba-Nya yang melakukan kebaikan.Melalui hadis itu dapat difahami bahawa, Allah memberitahu kepada hamba-Nya mengenai nikmat dan kesenangan yang akan diberikan kepada hamba-Nya yang salih. Bermacam corak ragam serta bentuk nikmat kesenangan yang disediakan itu menandakan keagungan dan kebesaran-Nya.Nikmat itu sebenarnya tidak dapat digambarkan atau dilukiskan dengan tepat seperti adanya, kerana ia bersifat kekal abadi, tidak luntur dan lusuh, jauh sekali daripada menjadi buruk atau seumpamanya yang membawa kepada kehancuran. Inilah nikmat yang perlu direbut manusia.Manusia yang beriman kepada Allah mesti bersyukur kepada-Nya kerana mereka dihidupkan sebagai seorang Muslim dalam agama Islam dibawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan inilah nikmat terbesar diterima umat Islam yang balak menghuni syurga Allah.Untuk menghuni syurga Allah, al-Quran menerangkan ciri hambanya yang layak terdiri daripada orang beriman lagi bertakwa. Pertama ialah mereka yang menjauhi penyembahan berhala iaitu menjauhkan diri daripada mensyirikkan Allah yang boleh menyebabkan seseorang menjadi murtad dan orang yang mendengar arahan Allah dengan mengikutnya melakukan kebaikan, menjauhi larangan-Nya. Dengan melakukan kebaikan dan menjauhi larangan Allah, jelaslah mereka itulah orang yang bertakwa. Firman Allah yang bermaksud: “Bagi mereka yang menjauhi penyembahan berhala dan kembali mentaati kepada Allah, tersedia khabar gembira. Beritakanlah khabar gembira itu kepada hamba-Ku yang mahu mendengarkan kata-kata (yang hakikatnya dari Allah) lalu mereka mengikuti kata-kata yang terbaik. Mereka itulah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.” – (Surah al-Zumar, ayat 17-18) Kedua ialah segala orang yang beriman dan beramal salih dengan segala suruhan dan menjauhi larangannya. Ini dijelaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Wahai hamba-Ku yang salih, tidak ada rasa takut pada diri kalian di hari ini (hari Kiamat) dan tidak pula kalian rasa sedih. Mereka itulah orang yang beriman kepada tanda kebesaran kami dan mereka yang Islam (menyerah diri kepada Allah).” – (Surah al-Zukhruf, ayat 68-69) Dalam ayat ini Allah menjelaskan sifat hambanya yang beriman iaitu mereka yang rasa takut pada hari kiamat dan tidak pula berasa sedih untuk meninggalkan dunia kerana mereka adalah orang yang tunduk patuh kepada peraturan Allah di atas muka bumi semasa hayatnya.Ketiga ialah orang Islam. Sesungguhnya syurga itu adalah tempat orang naik saksi bahawa tiada Tuhan berhak disembah melainkan-Nya dan mengakui Nabi Muhammad SAW itu adalah hamba dan utusan-Nya. Apabila orang yang sudah mengakui syahadah, walaupun sebelum itu mereka berada dalam kekufuran akan dimasukkan Allah dalam syurga-Nya kerana ia adalah tempat kembali bagi orang yang sudah memeluk agama Islam. Ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Aku. Rahmat-Ku sudah mendahului kemurkaan-Ku. Barang sesiapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya, nescaya ia berhak mendapat syurga.” – (Hadis diriwayatkan al-Daimali)Inilah ciri manusia yang akan menjadi penghuni syurga kelak. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang akan menjejakkan kaki ke sana kerana ia adalah tempat yang tidak ada bandingnya dengan tempat dilihat manusia di atas muka bumi ini.

Tahniah semua!!!
Salam sejahtera kepada semua sahabat2 sekalian. Alhamdulillah, sebahagian dari sahabat-sahabat dari Jabatan Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat akan menerima diploma masing-masing. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada anda semua diatas segala usaha yang telah dikorbankan selama 2@3@4 tahun (4@6@8 semester) di KUIS ini. Diharapakan, jangan dilupakan segala jasa pengorbanan terutama para pensyarah disini. Doakanlah kami semua semoga pelajar-pelajar Diploma Tahfiz KUIS ini dapat melalui dugaan@cabaran di hari-hari yang mendatang dengan penuh ketabahan. Insya Allah..
Langgan:
Catatan (Atom)