Isnin, 12 Mei 2008



Keputusan peperiksaan semester 6 sesi II 2007/2008

Assalamualaikum sahabatku semua...
Alhamdullah keputusan peperiksaan semester 6 masing2 telah dapat, mana2 memperolehi keputusan baik diucapkan setinggi2 tahniah dan syabas (bukan Syarikat Bekalan Air Selangor)* diatas kejayaan kalian semua. Mana2 yang mendapat agak kurang memuaskan, teruskan usaha. Anda akan mendapat memperolehi sesuatu yang amat berharga dari Tuhan Yang Maha Esa disebaliknya, yang mempunyai sesuatu hikmah tersendiri mungkin tidak kita fikirkan. Yakinlah dengan ketentuan Qada' dan Qadar seperti yang terdapat pada Rukun Iman yang keenam dari Allah SWT. Saya yakin anda mampu melakukan sesuatu yang terbaik dimasa hadapan Insya' Allah..
Walau apa2 pun kita mesti renung kembali maksud firman Allah didalam Al-Quran Al-Karim Surah Ibrahim ayat 7:
Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Kepada sahabat yang akan meneruskan pengajian dimasa hadapan keperingkat lebih tinggi, (Abang Nasir, Hakimin, Zulfakar, Amizah, Izati, Adibah, Amirah, Aisyah dan Sakinah) diucapkan selamat meneruskan perjuangan didalam menuntut ilmu milik Allah yang Maha Kaya. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan. Sebelum itu, kalau boleh kita berjumpa dulu dengan semua warga pendidik kita semenjak belajar di KUIS (semester 1-6) diatas segala curahan ilmu yang telah diberikan yang tidak dapat ditandingi dengan nilai "WANG". Ini sebagai menghargai segala jasa dan usaha mereka bagi melihat kita berjaya dengan apa yang telah diberikan selama ini. Sekurang2nya ucapkanlah "terima kasih" kerana, tanpa pendidik siapalah kita??? Ini merupakan sebahagian adab kitab terhadap pendidik. Mudah2an ilmu yang kita perolehi selama ini mendapat berkat dari pemilik sekalian alam semesta ini, Allah swt. Ketahuilah kalian semua bahawa, rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan budaya murni yang tinggi pada pandangan masyarakat barat. Semoga kalian semua
Saya rasa setakat inilah coretan saya buat sahabat yang dihargai . Semoga persahabatan kita yang terjalin akan bertambah kukuh dan kita semua menjadi umat yang terbaik. Insya' Allah..
Wassalam...
* sekadar gurauan..=)

Jumaat, 9 Mei 2008

Qiamullail

Qiamullail sebenarnya mengabungkan dua perkataan iaitu qiam dan al-lail. Qiam bermaksud bangun manakala al-lail bermaksud malam. Waktu qiamullai bermula selepas tengelamnya matahari sehingga terbit fajar sadik. Menurut istilah fuqaha qiamullai ialah mengisi waktu malam walaupun seketika dengan ibadah solat atau selainya dan tidak disyaratkan menghabiskan kebanyakan malam.

Mengikut pandangan seorang sahabat nabi s.a.w iaitu Ibn. Abbas r.a qiamullai sudah terhasil dengan solat isyak berjemaah dan berazam menunaikan solat subuh berjemaah sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : "Barang siapa yang menunaikan solat isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah bangun qiamullai separuh malam dan barang siapa yang menunaikan solat subuh berjemaah maka seolah-olah dia telah bangun qiamullai seluruh malam."

Oleh itu, seharusnya umah Islam merebut kelebihan solat berjemaah. Selain kelebihan solat berjemaah telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dan kefarduannya juga telah dibincangkan oleh para ulama, solat berjemaah juga boleh memgukuhkan hubungan perpaduan umah Islam. Alangkah indahnya jika kita dapat bayangkan umat Islam datang menunaikan solat berjemaah pada waktu subuh atau waktu-waktu lain seumpama solat jumaat dan solat sunah Hari Raya.

Firman Allah bermaksud "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah solat tahajjud padanya, sebagai solat tambahan bagimu, semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji" [Surah Al-Isra :79]

Barang siapa yang mengetahui kelebihan dan fadilat ibadat ini nescaya akan bertambah hasrat dan keinginan untuk bermunajat kepada Allah dan berdiri di hadapanNya pada waktu malam.

Ibrahim al-Khawas seorang yang terkenal dengan ilmunya menyebut " Ubat kepada hati itu lima perkara, Membaca Al-Quran dan berfikir [menghayati], kosong perut, qiamullai, tadharru ketika waktu sahur dan mendampingi orang-orang soleh.

Apa yang pasti Allah bangga terhadap hambaNya yangsolat malam di hadapan para malaikat. Pintu-pintu langit dibuka lebar bagi hamba yang bermunajat dalam keheningan malam. Oleh itu sama-sama kita rebut peluang keemasan yang di janjikan oleh Allah kepada hamba-hambaNya.

Kelebihan Solat Tahajjud

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari,biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail.Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.


Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap.Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam.

Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur,mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya' sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bula kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah."
( Surah az-Zariat ayat 15-18 )

IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN.

Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian, Tao, Confusies dan Sikh.

PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.

Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab: "The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep."

Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur."


"The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleeps were toiling upwards in the night." - Longfellow

Maksudnya "Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur."

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.